Contact Us

No 30, SS 25/23 Taman Mayang,
47301 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia

Tel: 03-7805 3190
Fax: 03-7805 2930
E-mail: enquiry@protank.com.my

View map to our office

PDF Print E-mail

2011 President Keynote Speech

2011 President Keynote Speech

Selamat Tahun Baru


Ada diantara kita yang bukan Kristian mengatakan bahawa menyambut tahun baru Masehi itu tidak dibenarkan dari sudut pandangan agama. Bukan sahaja dikalangan penganut Islam, ada agamawan Hindu, Buddha, Yahudi yang berpendapat sedemikian, yang TAHUN BARU GREGORIAN itu adalah ciptaan Pagan, bangsa Roman yang berpelbagai Tuhan.

Walaupun saya mengetahui fakta itu, namun saya tetap mengatakan ia tarikh penting yang saya rayakan. Bagi saya, ia adalah satu titik tarikh yang praktikal untuk saya mengakhiri buku akaun lama dan memulakan buku baru. Ianya juga merupakan satu batu tolok atau milestone yang signifikan dan 1 Jan menjadi pilihan saya.

Begitu juga diperingkat syarikat. Ada yang memilih 1 Jan sebagai berakhirnya dan bermulanya TAHUN kewangan atau memilih tarikh lain dengan bebas.

Perkara asas yang kita lakukan ialah membuat "spring cleaning" dengan mengamalkan 5S, membuang sawang, buku serta suratkhabar lama yang tak berguna dan menyusun ruang kerjaya supaya lebih kemas dan berkesan. Begitu juga dengan hal peribadi, kita lenyapkan memori yang tak berfaedah dan dimuatkan dengan perkara yang positif. Perkara yang sama juga saya lakukan kepada komputer. Bebaskan memori, hard disk dari maklumat dan data yang tidak berguna supaya komputer lebih laju serta bertambah keberkesanannya.

Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK HSE yang telah menganjurkan program 6s diperingkat syarikat. Ia amat berguna kepada setiap individu.



Mengimbas kembali pencapaian ditahun 2010, kita bersyukur telah dilindungi dari pelbagai musibah dan petaka. Dari segi pencapaian, saya berbangga dengan kepelbagaian produk yang telah dijana. Saya jemput setiap saudara melawati laman web Protankgrup yang baru dan melihat sendiri produk-produk yang dipunyamilik syarikat.

Untuk TAHUN baru, malamat kita ialah meluaskan pasaran luar negara. Kita akan hanya berpuashati jika jualan internasional kita melepasi 60 peratus. Satu sasaran yang sukar tapi tidak mustahil. Dengan mencapai sasaran ini sahajalah matlamat pertingkat kualiti hidup dan pendapatan tinggi dapat kita capai. Saya menyeru semua peringkat untuk berganding bahu berusaha kearah Ini.

Berpegang kepada polisi KUALITI HIDUP, saudara saudari adalah stakeholder atau pemegang kepentingan syarikat dan menjadi penerima manfaat atau beneficiary utama. Saya orang pertama mengakui bahawa Pengurusan HR kita masih belum memuaskan. Oleh kerana ianya teramat penting, seperti yang saudara maklum, HR adalah dibawah perhatian terus saya sebagai PRESIDEN. Untuk membantu memperbaiki fungsi HR saya telah melantik 3 orang kanan yang tugasnya ialah merencana dan melaksana program HR. Mereka juga ditugaskan sebagai POINT OF CONTACT untuk semua warga Protankgrup berbincang mengadu memberi pandangan, kaunselling dan nasihat. Berjumpalah dengan mereka sekiranya terdapat kemusykilan. Mereka adalah Puan Anita , Puan Kamariah dan Sdr Suhairi.

Ditahun 2011 juga kita bermatlamat memperkukuh PROTANKGRUP dan menjadikannya sebagai syarikat berdaftar dan sebagai satu entity. Satu syarikat HOLDING akan ditubuhkan. Saya berterimakasih kepad sdr sekalian serta amat bersyukur dan berbangga ditas pencapaian BRANDIng Protankgrup. Dengan kerjasama sdr sdri sekalian kita telah memanfaatkan bernaung dan berkerjasama sebagai satu kumpulan.

Diperingkat organisasi Kumpulan di Protankgrup, kita berterimakasih diatas kepimpinan VPs, yang terdiri dari Puan Anita, Puan Kay dan Kdr ROSLI. Ditahun 2011 kita bermatlamat memperkukuhkan pengurusan tertinggi syarikat. Satu initiatif untuk mencapai matlamat ini selain membuka perkembangan kerjaya Protankgrup ialah dengan perlantikan bakat baru sebagai General Manager atau Pengurusan Besar. Saya. dengan bangganya ingin mengumumkan perlantikan Pengurus Besar. Pengurusan Besar saudara yang baru mulai 1 Jan 2011 ialah Sdr Suhairi.

Untuk anak anak muda sekiranya inginkan contoh dan inspirasi mengembangkan kerjaya professional, saya ingin mengatakan sdr Suhairi adalah salah satu contoh yang baik. Beliau menganggotai Protank bermula sebagai Engineer dengan gaji RM2000 pada tahun 2002 dan dalam masa 8 tahun kerjayanya berkembang sehingga sekarang.

Jadi sekarang Ini terdapat 2 orang GM, iaitu Sdr Raj dan Sdr Suhairi. Kita akan memperkukuhkan organisasi dengan melantik beberapa orang lagi.

Didalam tahun 2010 kita telah melantik beberapa pengurusan baru dibawah program Protankgrup leadership enhancement program. Saudara saudari telah memberi impak kapada perjalanan syarikat. Kita akan terus meningkat dan melaksanakan program ini menfokuskan aktiviti kepada perkembangan ilmu dan kompetensi.

Diperingkat business unit, saya masih belum berpuas hati diatas perkembangan bisness unit. Kita perlu memperkemas DELIVERY SYSTEM dan performance kita. Ia perlu dilihat dari sudut strategik. Adakah ia disebabkan bakat yang tidak sesuai? Jika demikian jawapannnya kita akan bertindak. Begitu juga sekiranya teknologi dan kompetensi yang kurang, ia perlu dibaiki.

Pelanggan perlu diutamakan. Kita sedar kelemahan kita dari segi Customer relation. Untuk memperbaikinya kita telah pun memulakan INISIATIF CR. Hari Ini say a juga diberi tugas melancarkan polisi CR yang baru direncana. Strategi utama kita ialah memberikuasa atau empower barisan hadapan yang berurusan dengan pelanggan. Sekarang ini setiap penyelia, engineer, diberi kuasa entertainment. Sebagai contoh, Adri, Azizul dan Farid diberi kuasa meraikan belanja makan pelanggan sehingga RM500 sebulan. Begitu juga dengan penyelia dan engineer lain.

Syarikat juga akan melantik seiring dengan GM baru diperingkat group untuk mengetuai inisitif CR atau hubungan pelanggan. Ini akan saya umumkan sedikit masa lagi.

Dengan lafaz bismillah saya lancarkan polisi CR Protankgrup.

 
International Partners